JUMLAH nilai rampasan diesel yang dihasilkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah RM47 juta dalam tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024.
Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebanyak 2,206 kes berkaitan penyalahgunaan barang kawalan diesel telah dihasilkan dalam tempoh tersebut.
Jelas beliau, pecahan kes pula adalah sebanyak 1,617 kes di Semenanjung, 421 kes di Sarawak, 141 kes di Sabah dan 11 kes di Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya, bilangan tangkapan yang dilakukan dalam tempoh tersebut ialah 1,177 orang melibatkan warganegara dan bukan warganegara.
“KPDN mengambil serius berhubung aktiviti penyelewengan diesel di negara ini. Antara faktor yang mendorong aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi dalam sektor industri dan penyeludupan ke luar negara.
“Selain itu, turut menjadi faktor adalah penetapan harga bagi diesel bersubsidi yang diberikan secara pukal oleh kerajaan mendorong ke arah kegiatan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkenaan jumlah tangkapan dan rampasan bagi kes penyelewengan subsidi diesel di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sejak 2022 hingga kini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

