PDRM tidak boleh tolak ansur sebarang salah laku – Anwar

Dari Penulis

KEPIMPINAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang salah laku demi menyelamatkan bangsa dan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, tindakan itu penting kerana negara menuntut perubahan termasuk dalam aspek pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Yang memungkinkan ekonomi meningkat, pelaburan masuk, orang rasa tenang dan aman, berjalan dengan selesa siang dan malam, bekerja syif malam di hospital dan sebagainya dengan rasa tenang dan aman kerana kecekapan dan kecekalan PDRM keseluruhannya,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis pelancaran IPCC (Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis), Police, Friends and Collaborators (IPFC) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Baca artikel lain: PM zahir penghargaan kepada penjawat awam, swasta dan NGO bantu mangsa banjir

Anwar berkata PDRM kekal sebagai tonggak utama pertahanan dalam memastikan keamanan dan ketenteraman rakyat terjamin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat untuk tidak melupakan jasa dan khidmat anggota penguat kuasa termasuk PDRM yang bertungkus-lumus terlibat dalam koordinasi bantuan banjir.

“Kita lihat polis bertugas bukan soal mengawal jenayah, tetapi lebih daripada itu, sebagai anggota masyarakat yang prihatin membantu.

“Kalau lihat mereka ini tidak cukup tidur, tetapi kerja kalau ditanya, tak pernah yang kata letih atau sukar,” kata beliau.

Sementara itu, IPFC ialah program di bawah pelan strategik IPCC, berperanan merealisasikan visi sebagai badan pemantau bebas yang dipercayai bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada integriti pasukan polis.

IPFC berobjektif membantu memantau tatakelakuan anggota polis, melindungi hak asasi orang awam dan anggota polis, memudahkan urusan penyampaian perkhidmatan dan keberkesanan IPCC dan PDRM.

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan IPFC, IPCC akan mengukuhkan hubungan kerjasama dengan rakan strategik antaranya kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, PDRM, perwakilan luar negara, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta, institusi pengajian tinggi, media dan orang awam.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This