Tular langgar Myvi ketika keluar parkir, polis saman pemandu Ford Ranger

Dari Penulis

POLIS mengesahkan telah mengeluarkan tindakan saman terhadap pemandu pacuan empat roda selepas aksinya gagal mengawal kenderaan di Jalan Adda 3/1, Johor Bahru pada 12.26 tengah hari, Khamis lalu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Ford Ranger melanggar bahagian hadapan Perodua Myvi dalam petak parkir.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini, namun Myvi yang dipandu wanita berusia 45 tahun mengalami kerosakan di bahagian bampar, bonet, panel, lampu hadapan dan fender kanan.

“Manakala Ranger mengalami kerosakan pada fender belakang kiri,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pemandu Ranger iaitu seorang lelaki berusia 21 tahun telah dikenakan tindakan saman di bawah Rule 10 LN166/59 atas kesalahan gagal mengawal kenderaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This