KKDW sedia rumah baharu, baik pulih kediaman di desa terjejas banjir – TPM

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan desa yang terjejas akibat banjir kali ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata ia adalah antara usaha yang bakal digerakkan di peringkat kementerian bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Saya mahu KKDW melalui setiap jabatan, agensi, dan anak syarikat untuk bersama-sama mengambil inisiatif yang sesuai serta menggerakkan usaha bagi membantu mangsa banjir,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan KKDW dan sambutan hari inovasi dan kualiti hari ini.

Baca artikel lain: Isu Laut China Selatan: Kedaulatan, kepentingan negara jadi teras utama

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Tabung Derma Kilat Bantuan Banjir juga akan dilancarkan bagi menyediakan bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan keperluan harian kepada mangsa.

Beliau berkata kerajaan MADANI kini memberikan tumpuan sepenuhnya, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir buruk.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri berkata kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir gelombang kedua yang dijangka bermula 8 hingga 14 Dis ini telah dilaksanakan semua agensi di pelbagai peringkat, supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This