Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang – Polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata polis ada menerima maklumat itu daripada seorang lelaki yang ketika itu berada di beranda rumahnya di kampung tersebut dan mendakwa terdengar bunyi kuat di ruang udara dipercayai sebuah pesawat jet pada 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata pada 9.15 pagi tadi, polis mengesan beberapa komen di laman sosial berkaitan letupan dan gegaran itu yang telah menjadi tular.

“Kejadian itu tidak ada dan orang ramai dinasihatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi yang boleh menggusarkan masyarakat berkaitan sesuatu yang tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This