Peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi wajar dimanfaatkan syarikat tempatan – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Anwar Ibrahim berkata peningkatan pelaburan yang ketara terutamanya dalam sektor teknologi muktahir ini wajar dimanfaatkan syarikat tempatan agar rakyat terus mendapat peluang yang sewajarnya.

Beliau berkata antara contoh syarikat tempatan yang boleh dijadikan panduan susulan memanfaatkan pelaburan dalam sektor teknologi ialah CG Global Profastex Manufacturing Sdn Bhd (CG Global) yang terletak di Zon Perindustrian Prai, Pulau Pinang kerana berjaya menembusi pasaran global.

“Saya titipkan ucapan tahniah dan semangat kepada seluruh warga CG Global (yang mana 80 peratus tenaga kerja adalah wanita) atas kejayaan menembusi pasaran global, dan merupakan antara lain hasil daripada program-program dukungan dan insentif daripada kerajaan,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Beliau pada hari ini berpeluang mengadakan lawatan ke CG Global, sebuah perusahaan kecil dan sederhana milik wanita Bumiputera yang merupakan pengeluar utama dalam penyediaan spektrum perkhidmatan CEM (Contract Electronics Manufacturing).

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya sentiasa memberi tumpuan untuk memastikan usahawan wanita memiliki ruang dan peluang yang sama dalam mengembangkan perniagaan seperti yang diterajui oleh usahawan lelaki.

“Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi di bawah Kepengerusian ASEAN 2025, MITI akan terus mengetengahkan inisiatif proaktif yang mengutamakan kesaksamaan jantina dalam keusahawanan selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan,” katanya menerusi hantaran di laman X.

Beliau yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata CG Global merupakan syarikat perusahaan kecil dan sederhana wanita Bumiputera yang telah beroperasi sejak 2016.

“Semasa mula ditubuhkan, mereka hanya menyediakan perkhidmatan untuk syarikat multinasional sekitar Pulau Pinang dan Ipoh, Perak.

“Tapi kini perniagaan mereka hampir 100 peratus berasaskan eksport, dengan pelanggan daripada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, UK dan China,” katanya.

Jelas beliau, pekerja CG Global merupakan 100 peratus Bumiputera dan hampir 80 peratus ialah wanita yang mana 90 peratus daripadanya lepasan diploma dan ijazah.

“Ini memang selaras dengan salah satu keutamaan keberhasilan ekonomi kita iaitu memastikan golongan usahawan wanita tidak dipinggirkan dalam ASEAN,” tambahnya.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This