POLIS kini giat mengesan individu yang bertindak membaling batu ke arah kenderaan selepas aksinya tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Jalan Sungai Buloh-Kepong berhampiran MRT Sri Damansara, Petaling Jaya.
Beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima oleh mana-mana pihak.
“Perbuatan khianat ini boleh dihukum di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang membahayakn nyawa, merosakkan harta benda atau keselamatan orang lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

