Bayi dipercayai lemas dalam selimut, tiada unsur jenayah ditemukan

Dari Penulis

Siasatan awal polis mendapati tiada unsur penderaan berlaku ke atas bayi lelaki berusia enam bulan yang ditemui meninggal dunia dengan mukanya dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin semalam

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi berkata pemeriksaan fizikal ke atas mayat bayi tersebut tidak menunjukkan sebarang unsur perbuatan jenayah.

“Kita masih lagi menunggu laporan makmal hasil bedah siasat yang dijalankan manakala sebarang permohonan reman (ke atas pengasuh) pula bergantung kepada hasil laporan bedah siasat dan kimia,” katanya.

Bernama pada semalam melaporkan bayi berkenaan Harraz Noah Nazrul Nizam disedari oleh pengasuhnya dalam keadaan terlentang tidak sedarkan diri dengan sehelai selimut menutupi muka, dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi.

Bayi tunggal kepada pasangan Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, dan Ainol Izzah Raslan, 25, itu sebelum kejadian, diberikan susu dan disendawakan oleh pengasuhnya dan kemudiannya ditidurkan di atas tilam. 

Pangasuhnya kemudian menghubungi Ainol Izzah lalu membawanya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan dimaklumkan doktor mangsa sudah meninggal dunia. 

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This