POLIS mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan bertopi keledar di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass, semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 9.30 pagi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mayat tersebut merupakan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.
“Mayat dijumpai dalam keadaan terbaring, dan polis turut menemui barangan peribadi milik mangsa seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan bedah siasat akan dijalankan pada hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Rawang Inspektor Zharif Zakarian di talian 013-2969222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

