SEORANG pemilik bengkel berjalan kira-kira 200 meter bagi mendapatkan rawatan selepas parah ditikam pelanggan di kedai miliknya dekat Subang Perdana, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun mengalami kecederaan di leher dan dada akibat ditikam.
Beliau berkata, kejadian berlaku apabila suspek seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun datang ke kedai mangsa untuk membaiki kenderaan kerana mempunyai masalah sistem brek.
“Setelah kerosakan dibaiki, suspek telah membuat bayaran dan beredar dari bengkel.
“Dua jam kemudian suspek datang kembali ke bengkel dan berlakunya pertengkaran.
“Suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam dan melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Alza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah berjalan kaki ke klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mangsa telah jatuh pengsan di koridor pejalan kaki klinik tersebut dan kini dalam keadaan stabil.
Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Tambahnya, suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan dan menangkap sedang giat dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

