KEDIAMAN pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta diserbu pihak Majlis Amanah Raya (Mara) pagi ini.
Memetik laporan Kosmo! Online, serbuan dilakukan oleh pihak Mara selepas aktres berkenaan tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.
Difahamkan ketika serbuan, Che Ta tiada di rumah dan hanya ibunya sahaja berada rumah mewah yang terletak di Kota Damansara, Selangor, itu.
Manakala salah seorang anak pelakon itu tiba selepas satu jam pihak Mara memasuki rumah tersebut.

