Kewujudan Titah Adendum, peningkatan kos perubatan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Dari Penulis

PENINGKATAN kos perubatan serta kewujudan Titah Adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 membabitkan Datuk Seri Najib Razak antara tumpuan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) bertanyakan Perdana Menteri mengenai langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 hingga 70 peratus dan peningkatan kos perubatan sebanyak 12.6 peratus pada 2023 yang lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Dalam sesi sama, Perdana Menteri turut dijadualkan menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mengenai kewujudan Titah Adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Januari lalu membabitkan permohonan pengampunan oleh Najib.

Sementara itu, Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) pada sesi soal jawab meminta Menteri Ekonomi menyatakan pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol dan menjelaskan pendekatan yang akan diambil kementerian bagi memastikan golongan terkesan menerima bantuan sewajarnya.

Baca artikel lain: Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan di tenggelami banjir di Putrajaya

Turut menarik perhatian, soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan statistik bagi pampasan hilang upaya yang dibayar oleh PERKESO bagi 2023 serta usaha kementerian untuk mengekang kes tuntutan palsu.

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang Keselamatan dalam Talian 2024, Rang Undang-Undang Pemegang Amanah (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Pemegang Amanah (Pemerbadanan) (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pindaan) 2024, Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Perkongsian Data 2024.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga Khamis ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This