Semakin ramai mangsa banjir Pantai Timur dan Johor ditempatkan di PPS

Dari Penulis

SITUASI banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) manakala di Perak semakin pulih dan di Melaka pula pulih sepenuhnya .

Di TERENGGANU, dua daerah menyaksikan peningkatan mangsa kepada 5,198 orang daripada 1,273 keluarga yang ditempatkan di 28 PPS setakat 8 malam berbanding 4,904 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan daerah Kemaman paling terjejas dengan 4,850 orang daripada 1,184 keluarga terpaksa berpindah ke 20 PPS manakala di daerah Dungun, seramai 348 mangsa daripada 89 keluarga berlindung di lapan PPS yang mula beroperasi pada 10 pagi tadi.

Di PERAK, situasi banjir semakin pulih apabila hanya satu PPS masih beroperasi di daerah Perak Tengah iaitu Dewan Orang Ramai Teluk Kepayang yang menempatkan 34 mangsa daripada 11 keluarga.

Sekretariat JPBN Perak memaklumkan di daerah Kinta pula, kesemua lima mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK St Paul dibenarkan pulang ke kediaman mereka petang tadi.

Di MELAKA, situasi banjir pulih sepenuhnya apabila satu-satunya PPS di daerah Jasin iaitu SK Seri Mendapat yang sebelum ini menempatkan enam mangsa daripada dua keluarga ditutup sepenuhnya pada 5 petang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ismael Saibari jadi wira, Maghribi kecewakan Belanda langkah ke pusingan 16

MAGHRIBI meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2026 selepas berjaya menewaskan Belanda 3-2 dalam penentuan sepakan penalti,...

More Articles Like This