POLIS telah membuka kertas siasatan susulan video tular memaparkan seorang lelaki memandu secara melulu selepas ditegur menghisap rokok di sebuah stesen minyak dekat Damansara Damai, Petaling Jaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya mengesan video tular tersebut di media sosial pada pukul 8 pagi tadi.
Beliau berkata, menerusi video dapat dilihat seorang individu berjalan ke arah kenderaan yang diletakkan di kawasan stesen minyak sebelum ditegur orang awam.
“Pemandu terbabit telah melakukan provokasi dengan memandu secara merbahaya dan menghalang laluan kenderaan dipandu oleh orang awam berkenaan.
“Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang awam dinasihatkan untuk tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa, merosakkan harta benda dan keselamatan orang lain.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Hisyaam Azih di talian 017-7378704 atau 03-79662222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

