VFive Group dinobat pemenang Anugerah Usahawan MARA 2023/2024

Dari Penulis

SYARIKAT milikan penuh Bumiputera, VFive Group Sdn Bhd (VFive Group) diberi penghargaan selaku pemenang kategori Ikon Usahawan Industri Perkhidmatan di Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024 yang dianjurkan, baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah.

Pemenang anugerah dinilai berdasarkan beberapa elemen penting termasuklah tahap kewibawaan usahawan, sifat kompetitif dan mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat dalam bidang perniagaan.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut Mohd Syafiq yang dahulunya juga merupakan alumni di salah satu Institut Pendidikan MARA (IPMa) menzahirkan ucapan terima kasih dan syukur kepada seluruh pengurusan MARA di atas penganugerahan terbabit.

“Anugerah Usahawan MARA ini adalah satu penghargaan yang cukup bermakna bukan sahaja kepada saya bahkan juga kepada perjalanan VFive Group.

“Sungguh besar jasa MARA yang telah banyak membantu VFive Group daripada kami mula bertapak di dalam industri sehingga ke tahap di mana kami berada hari ini.

Baca artikel lain: Zuraida diarah bayar bon RM100,000 kepada PKR

“Sebagai seorang usahawan, skim-skim bantuan dan insentif yang diberikan oleh MARA adalah pemacu yang membolehkan kami yang mengharungi payah jerih alam perniagaan.

“Sudah tentu, kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk VFive Group terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap sektor yang diceburi dan menjadi contoh kepada rakan-rakan industri, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Merupakan sebuah inisiatif daripada MARA, AURA mula diperkenal pada tahun 2006 yang diadakan secara dwitahunan sebagai sebuah platform khusus untuk mengiktiraf kecemerlangan usahawan berdasarkan disiplin perniagaan dijalankan.

Ianya secara tidak langsung memberi publisiti terhadap pencapaian cemerlang usahawan di bawah bimbingan MARA di samping memberi rangsangan dan dorongan kepada usahawan yang lain.

Anugerah ini diharapkan dapat melahirkan ikon-ikon usahawan Bumiputera yang mampu menjadi mentor kepada usahawan muda, menjadi sumber rujukan malah menyumbang kembali dengan menggalak kelahiran lebih ramai Bumiputera dalam dunia keusahawanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MARA bangunkan modul tangani buli mental di MRSM – Asyraf Wajdi

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama dengan pakar psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan modul khusus untuk menangani...

More Articles Like This