ORGANISASI milikan penuh Bumiputera, VFive Group menerima anugerah kategori Best in CSR sempena Majlis Star Outstanding Business Awards (SOBA 2023) yang dianjurkan baru-baru ini.
Pengiktirafan diterima atas kemampanan inisiatif meningkatkan sosioekonomi komuniti melalui pendidikan dan program kemasyarakatan yang dijalankan sepanjang tahun.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, ia merupakan satu pencapaian dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dan diharap menjadi penanda aras untuk terus membantu lebih ramai kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
“Pengiktirafan ini adalah selari dengan prinsip syarikat yang menerapkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai teras dalam setiap urus niaga yang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Pihak media sosial begitu melepas tangan’ – Fahmi
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.
Mohd Syafiq menambah, sepanjang tahun lalu, VFive Group menerusi pertubuhan Yayasan VFive memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi melaksanakan inisiatif dan juga program kebajikan kepada masyarakat.
Antaranya termasuklah bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, program Kembara Beras Amal, Berkat Jumaat, Gerobok Rezeki dan Sumbangan Bakul Makanan.
“Kami akan sentiasa meningkatkan komitmen serta menggandakan usaha dalam membantu masyarakat yang memerlukan melalui tunjang pendidikan, sosial serta kebajikan.
“VFive Group mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

