Koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad umum dividen 5.5 peratus

Dari Penulis

KOPERASI Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad (BR2.0) hari ini mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 5.5 peratus kepada semua anggota koperasi bagi tahun kewangan 2023.

Menurut Pengerusinya , Datuk Dr. Haji Abd Rani Lebai Jaafar, pengagihan itu juga membuktikan kemampuan koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad dalam membina ekonomi yang lebih kukuh dan mampan bukan sahaja kepada ahli tetapi juga buat rakyat Malaysia.

“Kami percaya dividen ini adalah bukti nyata bahawa BR2.0 bukan sahaja sebuah koperasi, tetapi sebuah institusi yang boleh diandalkan untuk memberi pulangan yang kompetitif kepada anggota-anggota.

“Ini bukan sahaja tentang dividen. Ini adalah tentang mencapai matlamat bersama dan memastikan bahawa setiap ringgit yang dilaburkan memberikan manfaat yang nyata,” katanya pada majlis pengumuman yang diadakan di Armada Hall, Marina Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, koperasi Rakyat BR2.0 Malaysia Berhad juga bukan sekadar platform pelaburan, tetapi merupakan sebuah komuniti yang berkembang bersama sekali gus membina kekuatan ekonomi melalui kerjasama.

Jelasnya, dengan pulangan yang berbaloi itu, ia turut menjadi bukti pelaburan dalam Koperasi Rakyat BR2.0 bukan sahaja menawarkan pulangan yang kompetitif, tetapi juga merupakan langkah bijak untuk memastikan masa depan kewangan lebih terjamin.

“Di BR2.0, kami menyediakan peluang pelaburan yang menguntungkan sambil memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti.

“Sebagai satu komuniti yang saling menyokong, kami percaya bahawa usaha rakyat untuk membantu rakyat akan membawa kepada pembangunan ekonomi yang lebih stabil dan mampan.

“Setiap pelaburan yang anda buat bukan sahaja memperkukuhkan kedudukan kewangan anda, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan,”katanya lagi.

Dengan komitmen dan usaha berterusan yang ditunjukkan, pihaknya juga yakin dividen pada tahun ini juga akan lebih baik berbanding tahun 2023 sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih berdaya saing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This