Accord terbabas langgar tiang LRT, pemandu ditemukan rentung

Dari Penulis

SEORANG pemandu kereta rentung selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur, 6.20 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.24 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Accord tersebut hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang batu konkrit Transir Aliran Ringan (LRT) yang kemudiannya terbakar.

“Pemandu Accord terbabit telah terbakar seluruh badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

“Mayat dibawa ke Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya dan sehingga kini maklumat mengenai mangsa belum dapat dikenalpasti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka ketika kejadian diminta tampil ke balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyah Azih di talian 017-7378704.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This