Cuba langgar polis, 7 penagih dadah dalang curi kabel ditahan

Dari Penulis

TUJUH penagih dadah disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam dekat Manjalara, Kepong, pada 4 Disember lalu ditahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pukul 5.15 pagi itu, Unit Rondaan Bermotosikal yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah telah terserempak dengan sebuah kereta Ford Ranger dan Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan kenderaan untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan, namun suspek terus memecut laju sehingga mahu melanggar anggota polis yang bertugas.

Jelasnya, pihak polis telah bertindak melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek.

“Bertindak atas maklumat, pada 4 hingga 8 Disember, polis melakukan lima siri serbuan sekitar Selangor dan menahan tujuh lelaki warga tempatan berusia 24 hingga 37 tahun.

“Polis percaya kumpulan berkenaan menjalankan kegiatan curi kabel yang sudah aktif sejak dua hingga tiga bulan lalu dan ketika kejadian mereka sedang melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sentul hari ini.

Mengulas lanjut, polis turut merampas 10 telefon bimbit, sebuah Perodua Myvi dan Ford Ranger yang digunakan ketika kejadian.

Kesemua suspek direman selama lima hari sehingga 12 Disember.

Semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah serta hasil ujian saringan air kencing positif dadah.

“Dengan tertangkapnya semua suspek ini, polis telah berjaya menyelesaikan satu kes cubaan bunuh di Sentul dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Billboard kempen PH Bukit Permai dikoyak, calon buat laporan polis

CALON Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mohamad Shafwan Ani, membuat laporan polis selepas mendakwa...

More Articles Like This