BLOGGER kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dilapor telah ditahan di kediamannya di Putrajaya, awal pagi tadi.
Memetik laporan Sinar Harian Online, penahanan Papagomo difahamkan bagi membantu siasatan kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.
Difahamkan, penahanan itu dilakukan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.
Wan Muhammad Azri kemudiannya dikatakan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Ia susulan satu laporan polis yang dibuat pada Julai lalu.
Baca artikel lain: Fahmi mohon kes saman terhadap Papagomo, dua lain dibicara bersama
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan tersebut.
Beliau memaklumkan, Papagomo ditahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Sementara itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan sebuah syarikat.
“Setelah mendengar hujahan, mahkamah telah memerintahkan reman sehari dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” ujarnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

