Polis tembak mati lelaki miliki 24 rekod jenayah dan dadah

Dari Penulis

Polis menembak mati seorang lelaki yang memiliki 24 rekod pelbagai jenayah lampau termasuk dadah di Jeram Pasu, Pasir Puteh awal pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata dalam kejadian pada 5.30 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan telah mengekori sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki tempatan itu dari Melor, Kota Bharu.

Beliau berkata susulan itu, pasukan JSJ telah membuat pintasan dan menahan kereta suspek di Jeram Pasu, lalu lelaki itu keluar dari keretanya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

“Pasukan JSJ berbalas tembakan dengan suspek dan lelaki berkenaan mati ditembak di tempat kejadian di Jeram Pasu.

“Hasil semakan rekod mendapati lelaki berumur 31 tahun itu memiliki 17 rekod lampau pelbagai jenayah antaranya samun berkawan dan senjata api serta tujuh kes berkaitan dadah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di Jeram Pasu,hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This