Dakwaan palsu sekat laporan: MCMC ambil tindakan undang-undang terhadap Papagomo

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo susulan dakwaan palsu melibatkan suruhanjaya tersebut.

Ia melibatkan dakwaan bahawa MCMC menyekat laporan mahkamahnya melibatkan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, baru-baru ini.

MCMC dalam satu kenyataan menegaskan, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan palsu.

“MCMC tidak terlibat dalam kes tersebut dan tidak mengeluarkan sebarang permohonan atau permintaan untuk menyekat kandungan tersebut kepada mana-mana media mahu pun platform,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, MCMC memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital yang bertujuan mengelirukan orang ramai dengan penyebaran maklumat palsu.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This