Modul pemulihan akidah pengikut GISBH telah siap – Menteri

Dari Penulis

MODUL silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata ketika ini jawatankuasa berkenaan sedang melengkapkan modul silibus pemulihan akidah bagi pengurusan tertinggi organisasi berkenaan yang kini sedang ditahan pihak berkuasa.

“Jawatankuasa khas yang dipengerusikan (Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil, saya ingat telah siap kajian yang dibuat melibatkan modul dewasa dan kanak-kanak. Cuma laporan itu belum lagi dikemukakan kepada saya.

“Mereka (jawatankuasa khas) juga sedang menyiapkan rangka modul khas melibatkan ketua-ketua tertinggi GISBH yang sekarang ditahan, yang itu pun sedang disiapkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Misi Bantuan Banjir Ihsan MADANI di Kedah oleh Skuad Musa’adah Al-Falah MADANI di Pokok Sena hari ini.

Mohd Na’im diminta mengulas perkembangan pembangunan modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISBH oleh jawatankuasa khas (pemulihan akidah pengikut GISB) yang sebelum ini berada di peringkat akhir.

Beliau berkata sebaik sahaja modul melibatkan pengurusan tertinggi GISB siap, jawatankuasa itu akan mendapatkan kebenaran Kementerian Dalam Negeri untuk menyampaikannya kepada mereka yang berkenaan.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuat pengumuman berkenaan kos mengerjakan haji bagi tahun hadapan, esok.

“Esok Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman akan mengumumkan kos haji bagi 2025 dan selepas pukul 12 tengah hari esok, insya-Allah surat tawaran haji akan dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Misi Bantuan Banjir Ihsan MADANI di Kedah merangkumi pelbagai aktiviti seperti pembersihan kawasan banjir, kenduri rakyat serta penyaluran bantuan kepada mangsa banjir dan institusi agama.

Naim berkata empat lokasi menjadi fokus program itu iaitu di Jeniang, Gurun; Sungai Jagong, Pendang; Derang, Pokok Sena dan Titi Besi, Alor Setar dengan keseluruhan bantuan yang disalurkan lebih RM829,000.

“Sumbangan tunai diberikan kepada institusi agama Islam dan pendidikan di lokasi yang terlibat dalam misi ini. Selain itu, bantuan tunai turut diberikan kepada penduduk setempat yang terjejas,” katanya.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This