Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran

Dari Penulis

KAEDAH pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masih relevan bagi memastikan pelajar terjejas banjir tidak keciciran, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, ia antara aspek ditumpukan kementeriannya supaya sistem pendidikan tidak terganggu ketika banjir selain menggerakkan pasukan Smart Support Team (SST) dan Academic Support Team (AST) di pusat pemindahan sementara (PPS).

“PdPR masih relevan, sebab itu semasa sekolah jadi PPS, anak-anak ini kita susun (dengan) separuh akan ikut PdPR untuk beri keselesaan dan keutamaan kepada yang menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia),” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengal di Dungun, hari ini.

Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.

“Guru-guru kita bersedia dari segi material… kalau ada gangguan Internet sekali pun, persiapan material berbentuk lembaran maklumat boleh diberikan terus kepada anak-anak murid. Jadi, pendidikan itu tidak akan terganggu walaupun dalam keadaan banjir,” katanya.

Baca artikel lain: Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM – Fadhlina

Mengenai AST dan SST, Fadhlina berkata kedua-dua pasukan itu akan mengambil alih tugas akademik di PPS termasuk menerusi kaedah didik hibur membabitkan keseluruhan 1,580 jurulatih selain masing-masing 110 kaunselor di Kelantan dan Kedah serta 90 di Terengganu.

Sementara itu, beliau berkata walaupun kementeriannya masih menilai keseluruhan kerugian di sekolah akibat banjir kali ini, beliau optimis penyelenggaraan dapat dilakukan sebelum sesi persekolahan baharu bermula.

“Kita jangka ia dapat dimuktamadkan selepas kita terima laporan daripada semua negeri terlibat. Biasanya kita akan persiapkan sekolah ini dengan peruntukan bencana iaitu kalau kerosakan itu memang tidak dapat memberikan suasana yang kondusif di kelas, peruntukan akan diberikan segera.

“Setakat ini tidak ada (gangguan terhadap operasi sekolah sebelum sesi baharu persekolahan bermula). Kita berpuas hati dengan persiapan sekolah untuk mengembalikan anak-anak secara fizikal. Barangkali yang perlu dilihat ialah persiapan dari segi perabot yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This