KPN beri jaminan kawalan sempadan negara terus diberi perhatian khusus

Dari Penulis

KAWALAN keselamatan di sempadan negara akan terus diberi perhatian khusus bagi memastikan Malaysia bebas daripada pelbagai ancaman, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM560 juta yang diberikan kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) menerusi Belanjawan 2025 akan digunakan sebaik mungkin bagi memperkukuh kawalan di sempadan perairan dan darat negara.

Razarudin berkata, ia termasuk bagi mengekang aktiviti penyeludupan dadah, senjata api, barangan kontraban, haiwan eksotik dan manusia.

“Selain itu inisiatif berkenaan juga adalah untuk mengekang kumpulan pengganas daripada menyelinap masuk ke kawasan pedalaman Sabah, yang saya pasti akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JKDNKA dan Pengarah Jabatan Pengurusan pada Isnin.

Pada majlis itu Datuk Seri Azmi Abu Kassim dilantik sebagai Pengarah JKDNKA Bukit Aman yang baharu menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA).

Datuk Abdul Aziz Abdul Majid pula dilantik menggantikan Azmi sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang baharu.
Razarudin berkata tugas dan tanggungjawab Azmi menerajui JKDNKA bukanlah mudah, namun berdasarkan kredibiliti yang disokong dengan keupayaan aset dan lebih 25,600 anggota meliputi elemen darat, perairan dan udara, beliau percaya amanah itu boleh dilaksanakan sebaiknya.

Beliau juga percaya Abdul Aziz yang menerajui Jabatan Pengurusan akan meneruskan agenda sedia ada dan melakukan penambahbaikan yang perlu untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Razarudin dalam pada itu mengucapkan syabas kepada seluruh warga JKDNKA atas kejayaan dalam pelbagai operasi dan rampasan dengan nilai keseluruhan melebihi RM926 juta sepanjang tahun ini.

“Ini satu pencapaian yang sangat membanggakan dan menjadikan PDRM lebih disegani,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This