Bintang Running Man, Kim Jong-kook positif Covid-19

Dari Penulis

BINTANG Running Man, Kim Jong Kook berkongsi berita duka apabila telah disahkan positif Covid-19 hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh agensi pelantun lagu Loveable itu dalam sebuah kenyataan.

“Hello, ini ialah Turbo JK Company. Kami ingin menyampaikan berita bahawa artis kami iaitu Kim Jong-kook disahkan positif COVID-19 pada hari ini,” ujar agensi.

Tambahnya, Kim Jong-kook mula mengalamai simptom biasa pada 9 Februari lepas, namun hasil ujian saringan tambahan Covid-19 PCR pada hari ini menunjukkan keputusan yang positif.

“Pada 9 Februari, Kim Jong-kook mengalami simptom biasa dan menjalani ujian menerusi kit ujian kendiri.

“Ujiannya adalah positif dan selepas melalui ujian PCR tambahan, Kim Jong-kook disahkan positif COVID-19 pada 10 Februari,” katanya.

Dalam pada itu, agensi turut memaklumkan segala aktiviti Kim Jong-kook akan ditunda bagi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Pada ketika ujian itu dilakukan, Kim Jong-kook sudah pun selesai mengambil dua dos vaksinasi. Kini, dia tidak mengalami sebarang sakit dan akan menunda aktivitinya buat sementara bagi mengikuti kesemua garis paduan pencegahan penyakit,” ujarnya.

Agensi juga berjanji akan memastikan penyanyi kesayangan ramai itu akan segera sembuh seperti sedia kala dan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This