KDN laksana Pelan Integrasi Komprehansif bagi 2 bekas tahanan Guantanamo

Dari Penulis

DUA rakyat Malaysia yang dihantar pulang oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 18 tahun lalu akan menjalani pelan integrasi komprehensif bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam hantaran di media sosialnya memaklumkan pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

“Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI prihatin dan ihsan terhadap kebajikan dua orang warganegara Malaysia yang kembali dari Kem Tahanan Teluk Guantanamo.

“Program ini disusun secara terperinci melalui tiga fasa utama, di mana setiap satunya menitikberatkan keseimbangan antara pemulihan individu dan keharmonian sosial. Sebagai pelengkap kepada pelan ini, mekanisme pemantauan rapi turut dirangka bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya,” katanya.

Baca artikel lain: Kes saman US$346 juta 1MDB terhadap Rosmah didengar hakim baharu

Menurutnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemantauan berterusan, termasuk lawatan berkala untuk menilai kemajuan pemulihan serta memastikan kebajikan mereka terus terjaga.

Saifuddin Nasution berkata pendekatan yang dilaksanakan itu bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan semua warganegara, malah turut menonjolkan nilai-nilai Malaysia MADANI yang mengutamakan peluang kedua dan keadilan sosial.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This