Ops Tiris: Bahan api bernilai RM1.44 juta dirampas libat 9 lokasi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SECARA kumulatif Ops Tiris yang dijalankan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 12 hingga 21 April lalu berjaya merampas bekalan bahan api bernilai RM1.44 juta melibatkan 58 kes.

KDN menjelaskan, ops yang turut diadakan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu melibatkan bahan api diesel, petrol dan minyak masak di sembilan lokasi.

“Sebanyak 36 tangkapan dalam tempoh 24 jam, 23 tangkapan melibatkan jenayah dan migran (JSJ D3),” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Pada masa sama, menurut KDN, sebanyak 125 tangkapan ke atas migran telah dibuat menerusi Ops Delta.

Dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), jelasnya melakukan rampasan bernilai RM2.08 juta melibatkan barangan pertanian, haiwan dan larangan kastam.

“Operasi dilaksanakan secara menyeluruh di beberapa negeri utama termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Perak serta Sabah dan Sarawak, menunjukkan komitmen berterusan KDN dalam mengekang ketirisan dan jenayah rentas sempadan.

“Usaha ini mencerminkan pendekatan people-centric dan smart enforcement selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan bekalan negara kekal stabil, terkawal dan tidak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN terus mempergiat tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dalam menangani impak krisis bekalan global demi memastikan keselamatan dan kestabilan bekalan negara sentiasa terpelihara.

“KDN tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan jenayah yang menjejaskan keselamatan serta kesejahteraan rakyat. Penguatkuasaan akan terus diperkasa secara bersepadu dan berfokus,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This