KDN melalui PDRM perkasa pemantauan dan penguatkuasaan di stesen minyak – Saifuddin

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BUAT masa ini, bekalan bahan api negara berada dalam keadaan mencukupi dan terkawal.

Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam memastikan kestabilan berterusan, setiap titisan sumber negara harus diurus dengan berintegriti dan tidak disalahgunakan.

“Pagi ini, dalam perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri, saya menekankan realiti cabaran semasa yang dihadapi, khususnya ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada krisis tenaga global yang sedang melanda.

“Situasi ini bukan sahaja memberi tekanan kepada negara-negara besar, malah tempiasnya turut dirasai oleh Malaysia, terutama dalam aspek pengurusan ekonomi dan kawal selia bekalan bahan api.

“KDN melalui PDRM telah diberi peranan untuk menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, tahap kesiapsiagaan pasukan penguat kuasa berada pada prestasi yang baik, namun tetap memerlukan penambahbaikan berterusan selaras dengan dinamika ancaman semasa.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This