DUA nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang dekat George Town pada 16 Disember lepas, ditemukan selamat di perairan Acheh, Indonesia hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, ketika ini Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang berusaha untuk membawa pulang Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dan Nor Hasrul Abdullah, 25 di sempadan dan dijangka tiba di Jeti Batu Maung, George Town awal pagi esok.
“Kapal APMM sedang dalam perjalanan mengambil mangsa di sempadan dan ia memakan masa lama berikutan faktor cuaca.
“Mangsa dijangka tiba 2 atau 3 pagi esok dan akan berehat dahulu di atas kapal sebelum diturunkan di Jeti Batu Maung kira-kira 7 pagi,” katanya, hari ini.
Beliau memaklumkan sidang media akan diadakan pagi esok bagi memperincikan mengenai penemuan nelayan berkenaan serta operasi membawa pulang mereka.
Baca artikel lain: Nelayan terkejut jumpa bangkai gajah hanyut dalam Sungai Pahang
Semalam, Sazalee memaklumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan berkenaan dihentikan pada 5 petang selepas tiada sebarang petunjuk ditemukan untuk mengesan mereka.
Beliau berkata pasukan keselamatan telah menjalankan operasi SAR selama lima hari meliputi kawasan seluas 4,802 batu nautika atau 8,884 kilometer persegi, namun gagal menemukan kedua-dua mangsa dan bot mereka.
Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang dekat George Town, Isnin lepas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

