Bertengkar tak bagi signal, pemandu dan penunggang motosikal berdamai

Dari Penulis

PEMANDU kereta dan penunggang motosikal yang tular selepas bertengkar kerana tidak beri lampu isyarat membelok sudah berdamai, kata polis.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8335

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian melibatkan dua lelaki itu berlaku di Jalan Kebun, Shah Alam, kelmarin.

Katanya, satu laporan diterima daripada pemandu kereta berusia 26 tahun yang bekerja sebagai jurutera pada 8.36 malam kelmarin.

“Penunggang motosikal seorang lelaki Melayu berusia 36 tahun telah menahan kereta mangsa dan berlaku pertengkaran mulut.

“Kejadian berpunca selepas mangsa yang membelok kereta tanpa memberi lampu isyarat sehingga menyebabkan suspek hampir jatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa dan suspek tidak bagaimanapun mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, dua lelaki tersebut telah berdamai dan tidak mahu siasatan lanjut dijalankan serta telah menarik laporan yang dibuat.

Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka semasa di jalan raya serta patuh pada undang-undang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This