Dua anggota tentera mengaku tak bersalah rogol kanak-kanak 10 tahun

Dari Penulis

DUA anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun lapan bulan di Bachok, Kelantan pada bulan April tahun lepas.

Mahadi Ismail, 39, dan Muhamad Aizat Hakim Mohamad, 20, didakwa merogol kanak-kanak berumur 10 tahun lapan bulan itu di sebuah rumah di Taman CT Jaya, Kampung Surau Bator, Jelawat, Bachok pada waktu siang pada April 2023.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 376 (2) Kanun yang sama jika sabit kesalahan dan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Majidah Muhamad dan Mohd Firdaus Zainal Abidin.

Kamarul Hasyime tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu serius namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau memohon Mahadi dikenakan jaminan RM30,000 manakala Muhamad Aizat Hakim RM20,000.

Baca artikel lain: Wanita berjaya lepaskan diri selepas gigit tangan, cakar muka lelaki cuba rogolnya

Muhamad Firdaus kemudian memohon jaminan paling minimum dikenakan ke atas Mahadi dengan alasan anak guamnya yang berpendapatan RM4,500 sebulan adalah penanggung tunggal keluarga dan menanggung empat anak masih bersekolah berumur empat hingga 14 tahun.

“Kes sudah lama berlaku dan dia tidak pernah melarikan diri, menyerah diri di Balai Polis Bachok pada Oktober lepas, dan seorang penjawat awam yang berkhidmat selama 20 tahun enam bulan, dia juga akan bersara wajib pada 17 Jun tahun depan, malah kini berada dalam kursus peralihan,” katanya Muhamad Firdaus.

Muhamad Firdaus turut memohon hukuman Muhamad Aizat Hakim dikurangkan dan jaminan paling minimum ditawarkan memandangkan anak guamnya menanggung dua adik masih bersekolah berusia 12 dan 15 tahun dengan pendapatan RM1,900 sebulan, malah kakaknya hadir hari ini sebagai penjamin.

“Dia baru berusia 20 tahun dan saya percaya undang-undang meletakkan dia dalam kategori pesalah muda dan layak untuk dipertimbangkan suatu jaminan,” katanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan, dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan seterusnya menetapkan 2 Feb depan sebagai sebutan kes serta serahan dokumen.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This