KERAJAAN Negeri Perlis mengisytiharkan cuti umum pada hari esok, 1 Januari 2025 sempena sambutan tahun baharu.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam kenyataan memaklumkan, pengisytiharan cuti umum itu telah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Menurut Mohd Shukri, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).
Beliau berkata, pemberian cuti umum itu sebagai satu bentuk penghargaan buat seluruh penjawat awam dan rakyat negeri berkenaan yang menjayakan Karnival Sambutan Tahun Baharu 2025 peringkat negeri Perlis yang diadakan hari ini.
Baca artikel lain: Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
“Kerajaan Negeri Perlis dengan ini berbesar hati mengisytiharkan hari Rabu, 1 Januari 2025 bersamaan 1 Rejab 1446H sebagai hari cuti peristiwa bersempena sambutan tahun baharu 2025 peringkat negeri Perlis dan tarikh 1 Rejab yang penuh berkah.
“Diharapkan dengan pengumuman ini dapat memudahkan segala urusan semua rakyat untuk hadir menjayakan karnival ini dan mengatur segala perancangan sebaiknya,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Perlis sebelum ini adalah antara lima negeri yang tidak mengisytiharkan 1 Januari sebagai cuti umum.
Empat negeri lain adalah Kedah, Johor, Terengganu dan Kelantan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

