Shamsul Azri dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang baharu.

Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu telah dipersetujui kerajaan berkuat kuasa esok, 1 Januari 2025.

Menurut Suruhanjaya Tenaga, Shamsul Azri, 55, mempunyai pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam perkhidmatan awam.

“Beliau pernah berkhidmat di pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan; Jabatan Perkhidmatan Awam; Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pentadbiran kerajaan negeri.

“Suruhanjaya Tenaga mengalu-alukan kepimpinan Shamsul Azri untuk membawa agenda suruhanjaya ke tahap yang lebih tinggi.

Baca artikel lain: Shamsul Azri Abu Bakar dilantik Ketua Setiausaha Negara baharu

“Suruhanjaya Tenaga juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mohamad Razif Abd Mubin atas sumbangan serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Pengerusi Sementara Suruhanjaya Tenaga,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001, ST bertanggungjawab mengawal selia sektor tenaga, khususnya industri pembekalan elektrik dan gas berpaip di Semenanjung Malaysia.

Shamsul Azri dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali sejak 12 Ogos lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa, Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) dan menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa termasuk University of Cambridge, United Kingdom (UK) dan European Institute of Business Administration (INSEAD).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This