Budak perempuan maut tersepit meja lipat

Dari Penulis

Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas didakwa tersepit di celah besi meja lipat di rumahnya di Taman Seri Putera di Nibong Tebal, semalam.

Mangsa yang berusia enam tahun itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar, Perak.   

Kejadian berlaku sekitar 4.15 petang, semasa kanak-kanak itu dikatakan bermain seorang diri di bahagian belakang kediaman itu, manakala ibu dan adik-beradik mangsa berada dalam rumah. 

Ibu mangsa didakwa meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital selepas menyedari kejadian tersebut. 

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This