Penagih dadah curi kabel kena cekup selepas dikejar 5 MPV polis

Dari Penulis

SEORANG penagih dadah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel berjaya ditahan dalam aksi kejar-mengejar di daerah Port Dickson, pukul 1.40 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, kejadian berlaku ketika anggota menjalankan tugas rondaan ambang tahun baru di kawasan Batu 4, Jalan Pantai Port Dickson.

“Sebanyak lima buah kenderaan peronda polis telah mengejar pacuan empat ronda jenis Triton berwarna putih yang dinaiki suspek.

“Suspek telah ditahan di tepi jalan berdekatan lampu isyarat Batu 1, Jalan Pantai dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan telah menemui beberapa guni kabel yang dibakar serta dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek berusia 37 tahun dan beralamat di Hulu Langat, Selangor itu mempunyai 26 rekod kesalahan lampau melibatkan jenayah serta dadah.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati positif dadah jenis ganja.

Katanya, seorang anggota polis turut mengalami cedera ringan akibat dilanggar oleh kenderaan dipandu suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307/369/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek telah direman selama empat hari bermula Rabu sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This