POLIS mengesahkan mayat yang ditemui di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, pada Sabtu lalu adalah Yap Xin Yuan yang dilaporkan hilang pada 22 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia pada hari ini mengesahkan identiti remaja perempuan berusia 15 tahun itu.
Beliau berkata, keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai keputusan ini pada tengah hari tadi.
“Mayat tersebut akan diserahkan kepada keluarga pada petang ini.
“Polis akan meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan akan membawa penjenayah yang terlibat ke muka pengadilan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis di talian 03-89114222.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, mayat tersebut ditemui dalam keadaan reput dan tidak dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.
Terdahulu, polis Selangor telah menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki mangsa berusia 16 tahun.
Xin Yuan dilapor hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, 19 Disember lalu.
Laporan kehilangan itu dibuat oleh keluarga mangsa pada pukul 2.15 pagi, sehari selepas kejadian.
Mangsa dilaporkan mempunyai ketinggian 155 sentimeter, berat 39 kilogram, berbadan kurus, memakai pendakap gigi, berambut panjang, dan kali terakhir dilihat memakai baju tarian singa berwarna merah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

