Dua individu terima rawatan di ICU PPUM lepas hadiri Konsert Pinkfish telah sedarkan diri

Dari Penulis

DUA individu yang sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas menghadiri Konsert Pinkfish pada malam ambang tahun baharu telah pun sedarkan diri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti dilapor BH Online, hari ini.

Menurut Hussein, dua individu itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan lemah.

“Kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa kedua-dua individu telah sedarkan diri, tetapi masih dalam keadaan lemah,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan, pihaknya telah merekodkan keterangan daripada sembilan lagi individu bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, ia termasuk penganjur konsert dan rakan kepada tujuh individu yang terlibat.

“Setakat ini, kami telah merekodkan kenyataan daripada 15 individu,” katanya.

Baca artikel lain: Empat maut hadiri Konsert Pinkfish dipercayai ambil ecstasy

Sebelum ini, polis dilapor merekodkan keterangan enam individu dan membuka empat kertas siasatan.

Pada 1 Januari lalu, polis Selangor mengesahkan menerima laporan berhubung kematian empat individu yang menghadiri konsert sempena Tahun Baharu itu.

Laporan polis membabitkan semua mangsa termasuk dua wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun telah dibuat PPUM.

Khamis lalu, empat individu yang meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada malam ambang tahun baharu dipercayai telah mengambil pil jenis ecstasy.

Ia berdasarkan hasil siasatan awal pihak polis susulan kematian empat individu tersebut.

Selain empat individu tersebut, terdapat tiga lagi mangsa lain yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This