13 lelaki bergaduh dalam kedai makan ditahan polis

Dari Penulis

SERAMAI 13 lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di dalam sebuah kedai makan dekat Bandar Kluang pada 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, laporan polis telah dibuat susulan panggilan kecemasan yang diterima daripada orang awam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kluang telah membuat tangkapan terhadap 13 lelaki tempatan di tiga lokasi berasingan pada pukul 11.15 malam hari sama.

“Kesemua tangkapan berusia 17 hingga 54 tahun.

“Semakan mendapati lima suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan narkotik.

“Manakala lapan lagi tangkapan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil saringan ujian air kencing adalah negatif dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This