TIGA warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita bersama bayi lelaki di tepi jalan dekat Taman Impiana, Kelapa Sawit, Kulai pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia berusia 42 hingga 53 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang semalam.
Beliau berkata, turut dirampas empat buah telefon bimbit, sebuah kereta Proton, tilam dan tikar.
“Reman ke atas kesemua suspek telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kulai selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 316 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline di 07-6637222.
UtusanTV sebelum ini melaporkan, seorang wanita Indonesia ditemui meninggal dunia di tepi jalan bersama bayi lelakinya masih bertali pusat.
Siasatan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran ditemui pada kedua-dua mayat.
Turut dijumpai satu organ dipercayai uri berhampiran tempat mayat ditemui.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

