Empat cedera diserang 5 lelaki bersenjata parang

Dari Penulis

EMPAT cedera diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah kedai makan di Nilai, malam tadi.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8643

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam pada pukul 10 malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat lelaki tempatan berusia 44 hingga 59 tahun telah diserang kira-kira lima suspek disyaki lelaki tempatan yang bersenjatakan parang ketika duduk minum di dalam kedai.

“Kesemua mangsa telah dirujuk ke Hospital Tunku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk menerima rawatan dan keadaan mangsa dilaporkan stabil.

“Motif serangan masih belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

Abdul Malik berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi balai polis berdekatan atau di talian 06-7902222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This