KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan dua ciri utama untuk Simpanan Shariah bagi menyediakan akses lebih pantas dan fleksibiliti kepada ahli berkuat kuasa 1 April depan.
KWSP dalam kenyataan memaklumkan, penambahbaikan itu akan membolehkan pendaftaran Simpanan Sharian dibuat serta-merta untuk ahli baharu.
Menurut KWSP, tarikh kuat kuasa pula ditetapkan pada setiap awal bulan bagi semua ahli yang memilih untuk beralih kepada simpanan berkenaan.
Dengan ciri baharu bagi pendaftaran Simpanan Shariah itu, KWSP memberitahu, ahlinya kini boleh memilih mod simpanan berkenaan sebagai akaun pilihan mereka semasa pendaftaran kendiri.
“Sebelum ini, perubahan kepada Simpanan Shariah hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun berikutnya.
“Di bawah penambahbaikan ini, tarikh kuat kuasa akan jatuh pada hari pertama bulan berikutnya, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh hari, membolehkan ahli beralih kepada akaun patuh syariah dengan lebih cepat.
“Pembaharuan ini dapat memendekkan tempoh menunggu dari tahunan ke bulanan dan memastikan pelaburan ahli adalah patuh syariah lebih awal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: PM terima kunjungan pengurusan tertinggi KWSP
KWSP memberitahu, penambahbaikan itu memberi ahli kawalan dan fleksibiliti yang lebih besar, memudahkan mereka menguruskan simpanan persaraan selaras dengan keutamaan kewangan dan pilihan simpanan patuh syariah.
KWSP akan melaksanakan penambahbaikan itu berdasarkan tempoh peralihan dari tarikh 25 Dis, 2024 hingga 31 Mac, 2025 bagi memastikan kelancaran inisiatif berkenaan.
Dalam tempoh itu, tarikh kuat kuasa bagi ahli yang ingin beralih sebelum 25 Disember 2024 adalah pada 1 Januari lalu.
Mereka yang memilih tempoh antara 25 Disember 2025 hingga 24 Mac 2025 pula akan menyaksikan tarikh kuat kuasa pada 1 April 2025 manakala bagi tempoh 25 Mac hingga 31 Mac 2025 pula adalah pada 1 Mei 2025.
Selain itu, bagi mereka yang beralih mulai 1 April 2025 dan seterusnya tarikh kuat kuasa adalah pada 1 haribulan berikutnya selepas tarikh membuat pilihan, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh hari.
“Sebagai contoh, ahli yang memilih untuk beralih ke Simpanan Shariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasanya pada 1 Mei 2025.
“Jika ahli memilih beralih pada 25 April 2025, (maka) tarikh kuat kuasa pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025 setelah mengambil kira tempoh tangguh tujuh hari itu,” kata KWSP.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

