POLIS kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun bersenjata seorang warga emas di Kilometer 1.4, Kampung Batu Bor, Chenor, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, pihaknya juga telah mengesan klip video tular di laman X yang memaparkan kejadian samun itu.
Beliau berkata, laporan mengenai kejadian telah diterima pada pukul 4 petang di mana mangsa telah disamun oleh dua individu tidak dikenali.
“Susulan laporan, polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Afifi Roslan di talian 011-29485506 atau balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

