Ada setengah orang, konfius antara mi lidi dan mi kuning. Ia berbeza ya.. Mi lidi dijual dalam bentuk kering dan perlu direbus. Mi kuning pula sebaliknya.
Mi lidi rasanya kenyal, teksturnya lembut dan tidak mudah patah. Mi lidi lebih sedap dari mi kuning sebenarnya. Boleh try resipi mi lidi goreng yang simple ini. Sedap sangat…
MI LIDI GORENG
BAHAN
1 paket mi lidi
6 ekor udang
2 ulas bawang putih – cincang
1 labu bawang besar – cincang
10 biji bebola ikan – belah dua
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kisar
Sedikit sawi
Sedikit tauge
CARA PENYEDIAAN :

1.Celur mi lidi sehingga lembut. Angkat dan tuskan.

2.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

3.Masukkan udang, sawi, bebola ikan dan sos tiram. Kacau seketika dan sebatikan rasa.

4.Kemudian masukkan mi lidi dan gaul sebati. Masukkan pula tauge. Kacau rata, angkat dan hidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

