DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 11 notis kompaun atas pelbagai kesalahan ketika melakukan operasi bersepadu korekan jalan minggu lalu.
DBKL memaklumkan, operasi di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu telah dijalankan pada 11 Januari lalu dan mendapat kerjasama baik dalam kalangan agensi sahabat.
Jelasnya, antara agensi sahabat yang turut terlibat dalam operasi tersebut adalah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
“Hasil daripada operasi yang dijalankan, 11 notis kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta UUK Pengangkutan Bahan 1997.
Baca artikel lain: Sektor pertanian terus dipacu ke arah keterjaminan makanan mampan – Mohamad Sabu
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pada masa sama, agensi berkenaan menggesa orang awam menghubungi pihaknya sekira terdapat aduan atau sebarang aktiviti mencurigakan di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

