Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol ditahan

Dari Penulis

PENYIASAT menahan Presiden Korea Selatan yang menghadapi pendakwaan, Yoon Suk Yeol di kediamannya pada Rabu dan membawanya untuk disoal siasat berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang singkat.

Waran tangkap terhadap Yoon dilaksanakan pada jam 10.33 pagi, lapor agensi berita Yonhap berdasarkan kenyataan Pejabat Penyiasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO).

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan konvoi kenderaan yang dipercayai membawa Yoon meninggalkan kawasan kediaman presiden di tengah Seoul menuju pejabat CIO di Gwacheon, selatan Seoul.

Baca artikel lain: Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera, ikrar tidak ulangi

Yoon, yang digantung tugasnya susulan pendakwaan oleh Parlimen pada 14 Disember, berdepan pertuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau didakwa mengerahkan tentera ke parlimen selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada malam 3 Dis bagi menghalang ahli parlimen daripada membatalkan dekri itu.

Yoon dijangka ditahan di Pusat Tahanan Seoul di Uiwang, berhampiran pejabat CIO, selepas soal siasat.

–BERNAMA/YONHAP

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This