Kementerian Pertahanan peruntuk RM12 bilion perolehan aset ATM

Dari Penulis

SEBANYAK RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ,antara perolehan aset utama yang telah diluluskan tahun ini termasuk meriam 105mm, peluru berpandu permukaan-ke-permukaan (SSM) untuk kapal friget KD Jebat dan tiga unit Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS).

Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan akan memastikan pembinaan aset penting lain mencapai kemajuan sebagaimana dijadualkan seperti Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 yang kini mencapai 96.52 peratus siap dan sudah memulakan Ujian Penerimaan Pelabuhan (HAT) dan Ujian Penerimaan Laut (SAT).

“LCS2 juga sudah diturunkan ke air dan sedang menjalani ketetapan kerja, manakala LCS3 pula sedang dalam persiapan akhir untuk diturunkan ke air dirancang pada Januari 2026.

“Bagi pembinaan kapal Kapal Misi Pesisir (LMS) Batch Kedua pula, kemajuan kerja bagi ketiga-tiga kapal berkenaan dijangka mencapai 13.8 peratus secara keseluruhan pada Jun 2025,” katanya ketika berucap pada Majlis Perutusan Tahun Baharu 2025 Menteri Pertahanan di Wisma Perwira, hari ini.

Baca artikel lain: MINDEF tak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Mohamed Khaled berkata, pembinaan pesawat pejuang ringan (LCA/FLIT) FA-50M (Block 20) diperoleh daripada syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) telah mencapai status kemajuan 48 peratus, dengan dua pesawat pertama akan diterima negara pada Oktober 2026.

Kementerian Pertahanan menandatangani kontrak perolehan 18 buah pesawat pejuang ringan FA-50M bernilai kira-kira RM4 billion pada tahun 2023.

Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan bakal menerima dua buah Pesawat Peronda Maritim (MPA) untuk tujuan pengawasan kawasan maritim negara pada Jun dan September 2026.

Beliau berkata perancangan meningkatkan keupayaan aset ATM merupakan antara 10 fokus utama yang digariskan dalam perancangan 2025 Kementerian Pertahanan, dalam memastikan sistem pertahanan negara mencapai keperluan dan cabaran semasa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This