Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final

Dari Penulis

PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih bekalan selesa apabila membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam tadi.

Babak pertama menyaksikan pasukan pelawat terlebih dahulu melancarkan serangan ke kubu tuan rumah dengan percubaan seawal minit kedua menerusi penyerang sensasi Bergson Da Silva.

Bagaimanapun, rembatan lemah tersebut ditangkap mudah oleh penjaga gol skuad Penyu, Muhammad Rahadiazli Rahalim, yang sudah bersedia di depan gawang.

Tersentak dengan percubaan tersebut, tuan rumah bangkit melakukan serangan balas dan beroleh peluang pada minit kelapan, namun percubaan leret Nurillo Tukhtasinov yang lemah berjaya ditangkap oleh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Bagaimanapun, pada minit ke-17, gawang skuad Penyu akhirnya bolos selepas serangan demi serangan oleh skuad Harimau Selatan yang diketuai Matthew Davies.

Gol pertama JDT diperoleh melalui pemain naturalisasi Romel Morales yang menyambar bola muntah hasil tandukan Park Ju-Heong berpunca daripada sepakan sudut Juan Muniz.

Baca artikel lain: Malaysia akan bantu pembinaan semula Gaza – PM

Pintu gawang Terengganu sekali lagi dibolosi hasil percubaan Morales pada minit ke-35, namun jaringan tersebut dibatalkan oleh pengadil, Fitri Maskon, selepas meneliti video bantuan pengadil (VAR) akibat kekasaran pemain import Iker Undabarrena.

Kedudukan kekal dengan JDT mendahului TFC 1-0 selepas tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan kembali mengatur rentak permainan untuk mendapatkan jaringan sebagai bekalan.

Peluang terbaik pasukan tuan rumah yang dibimbing Badrul Afzan Razali untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-62, namun rembatan deras Manuel Ott sedikit tinggi melepasi palang.

Pemain sayap lincah, Arif Aiman Mohd Hanafi, muncul wira JDT apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-79 dan ketiga pada minit ke-84, menjadikan JDT mendahului 3-0.

Pada masa kecederaan, giliran Bergson pula menambah derita lebih 11,000 penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol keempat, sekali gus membawa bekalan selesa 4-0 pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor Bahru, pada 1 Feb depan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This