TH nafi dakwaan zalim dalam penentuan kategori tawaran bakal haji

Dari Penulis

LEMBAGA Tabung Haji (TH) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.

Tuduhan di media sosial ini adalah tidak benar sama sekali kerana TH telah menerima dan mengkategorikan semula lebih 700 golongan M40 seperti suri rumah, pelajar dan warga emas kepada golongan B40 setelah menerima rayuan berserta bukti mereka adalah dari golongan tersebut.

Untuk makluman, sejak 2022 TH menyemak silang maklumat bakal haji dengan agensi-agensi Kerajaan bagi menentukan kategori bakal jemaah B40, M40 dan T20, kata TH dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Bakal jemaah yang menerima sumbangan program bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah adalah termasuk dalam Kumpulan B40. Bagi mereka yang mempunyai pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan adalah termasuk dalam Kumpulan T20.

Bakal jemaah yang tidak termasuk dalam kategori B40 dan T20 adalah dikategorikan sebagai M40. Namun, TH telah dan masih menerima permohonan rayuan menukar kategori tawaran.

TH memandang serius tuduhan-tuduhan tidak benar yang memburukkan reputasinya dan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This