Spageti Carbonara Sos Sedap Berkrim, 20 Minit Siap!

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Spageti carbonara ini sesuai dihidangkan panas-panas, agar nikmat rasa krim dan keju itu dapat dirasai. Jika untuk dihidangkan buat si kecil, masukkan sekali sosej atau isi ayam.

Jika kuah carbonara terlalu pekat, masukkan sedikit air rebusan spageti. Akhir sekali barulah masukkan spageti. Jangan merebus spageti terlalu lembut, sebaiknya masak sehingga al dente biarkan ia kenyal. Barulah sedap dan dalam masa 20 minit, siap masak.

BAHAN
300 gm spageti – rebus
2 keping hirisan daging lembu
100 ml susu penuh krim
100 ml krim masakan
10 gm keju mozarela
10 gm keju cheddar
1 sudu besar keju parmesan
¼ lada benggala hijau – hiris kasar
¼ lada benggala merah – hiris kasar
¼ lada benggala kuning – hiris kasar
2 helai daun basil
2 sudu besar mentega
4 sudu besar krim putar
1 sudu kecil herba campuran
Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

1.Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

2.Selepas itu, masukkan hirisan daging lembu, lada benggala dan herba campuran.

3.Kemudian, masukkan krim masakan, susu penuh krim, krim putar, keju mozarela, keju cheddar, daun basil dan sedikit lada hitam secukup rasa.

4.Biarkan mendidih. Masukkan spageti dan gaul sebati.

5.Akhir sekali taburkan sedikit keju parmesan di atas dan bolehlah dihidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This